Aspek Teknikal Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Kerja punggah-memunggah props bermula pada 10 Mei dan dijalankan selama sepuluh minggu pada musim panas yang mempunyai paling banyak hujan dalam tempoh seratus tahun, menyebabkan pelbagai kesukaran dan halangan.[105][106] Kerja merombak set pula hanya memakan masa selama 60 jam.[105]

Kawasan pementasan di tengah padang ialah setinggi 2.5 meter, dan diperlukan untuk menampung unsur-unsur yang didedahkan sewaktu upacara berlangsung, seperti cerobong dan mesin-mesin industri untuk 'Pandemonium', dan Kawah Olimpik. SUpaya memastikan elemen-elemen tersebut kekal rahsia, kawah itu dipasang dan diuji pada waktu malam.[105]

Stadium Olimpik dipasang dengan sistem bunyi satu juta watt dan lebih 500 pembesar suara.[107] Lebih kurang 15,000 meter persegi (3.7 ekar) pentas dan 12,956 props digunakan,[108] dan juga 7,346 meter persegi (1.82 ekar) turf berbeza termasuklah tanaman.[107]

Sebanyak 70,799 panel piksel sebesar 25 sentimeter diletakkan di sekeliling stadium, seperti di antara setiap kerusi. Semua panel ini dilengkapi dengan sembilan piksel LED multi-warna dan dihubungkan kepada sebuah komputer utama dan memnjadikan tempat duduk stadium ibarat sebuah skrin gergasi yang memaparkan animasi bergerak seperti peta London Underground, kelahiran internet, dan pelbagai lagi.[109][110]

Bekerja di samping kru professional ialah lebih 800 sukarelawan; sebahagian daripada mereka merupakan pelajar seni dari sekolah drama British. Ramai sukarelawan telah bertugas untuk upacara Olimpik dan Paralimpik semenjak 2012 di Three Mills Studios dan tapak raptai Dagenham, sebelum berpindah ke Stadium Olimpik pada 16 Jun.

Rujukan

WikiPedia: Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 http://www.awardsdaily.com/blog/2012/07/27/danny-b... http://www.cbsnews.com/8301-33747_162-57481790/201... http://www.forbes.com/sites/dorothypomerantz/2012/... http://www.ft.com/cms/s/0/4e49451e-1f76-11e1-9916-... http://www.ft.com/cms/s/2/b022ff6c-f673-11e1-9fff-... http://afp.google.com/article/ALeqM5ibNAUAq-kZNOy3... http://www.heatherwick.com/2012-olympic-cauldron/ http://www.hollywoodreporter.com/news/olympics-cer... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2012-0... http://www.kansascity.com/2012/07/27/3727711/scott...